suria

Rooney Hero Everton

BEKAS bintang Manchester United, Wayne Rooney kelihatan ceria selepas menjaringkan gol kemenangan 1-0 Everton ke atas Stoke City di Goodison Park.

Rooney menanduk kemas hantaran Dominic Calvert-Lewin pada minit ke-45.

Pemain berusia 31 tahun itu kembali semula ke kelab remajanya selepas memperkuat United selama 13 tahun.

"Untuk beraksi semula bersama kelab ini adalah satu tawaran yang besar kepada saya dan menjaringkan gol di Goodison Park pada penampilan pertama saya satu pengalaman yang hebat.

"Ia perlawanan yang sukar dan kami bernasib baik kerana mendahului dengan 1-0 pada babak pertama. Saya fikir kami beraksi dengan baik pada babak kedua dan layak untuk menang," katanya.

Kali terakhir Rooney menjaringkan gol untuk Everton adalah ketika menentang Leeds pada April 2003.

Wayne Rooney, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain