suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Hilang Fokus

ANTONIO Conte kesal dengan anak buahnya yang hilang fokus selepas kapten Gary Cahill dibuang padang ketika Chelsea tewas 2-3 di tangan Burnley di Stamford Bridge.

Chelsea bergelut sejak dari awal perlawanan apabila Cahill dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas pemain lawan.

Pasukan tuan rumah ketinggalan 3-0 pada babak pertama kepada yang hanya memperoleh tujuh mata di gelanggang lawan sepanjang kempen musim lalu.

Ia hari yang mengecewakan buat Conte yang menjulang trofi EPL pada musim pertamanya bersama kelab itu.

Namun beliau menyifatkan kekalahan itu disebabkan Chelsea kekurangan pemain baharu selain turut membenarkan beberapa pemain lain untuk meninggalkan Stamford Bridge.

"Ketiadaan Cahill mengeruhkan lagi keadaan kerana untuk beraksi dengan hanya 10 pemain sepanjang perlawanan kemudian sembilan pemain bukan mudah.

"Kami cuba untuk melakar keputusan baik ke atas Burnley tapi malangnya kami hanya bangkit di babak kedua.

"Aksi babak pertama amat mengecewakan. Selepas layangan kad merah, kami hilang arah dan membiarkan dua gol membolosi gawang. Jadi amat sukar untuk mengubah keputusan akhir," kata Conte.

Chelsea, Burnley

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain