suria

Bolt Cedera, Kuartet Britain Juara

KARIER Usain Bolt di padang trek berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia mengalami kecederaan ketika mewakili Jamaica dalam acara 4x100 meter pada Kejohana Dunia di London.

Tumpuan ternyata terarah kepada Bolt selepas dia gagal menang pingat emas acara 100 meter minggu lalu.

Kuarter Britain yang diwakili CJ Ujah, Adam Gemili, Danny Talbot dan Nethaneel Mitchelll-Blake membantu tuan rumah merangkul pingat emas selepas menamatkan larian dengan catatan 37.47 saat.

Pasukan Amerika Syarikat pula membuat kejutan di tempat kedua dengan 37.52 saat manakala Jepun memperoleh pingat perak.

Bolt yang kecewa dengan kekalahan itu ditenangkan rakan pasukannya.

Malah dia turut dilihat meninggalkan stadium dalam keadaan terhincut-hincut.

Ia kekecewaan berganda buat Bolt selepas kemenangannya dalam acara 100 meter dinafikan pelari Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam kes penggunaan dadah, Justin Gatlin.

Usain Bolt

Artikel Sebelum

Rooney Hero Everton

Artikel Berikut

Chelsea Hilang Fokus

Artikel Lain