suria

Perisic Selangkah Ke United

MANCHESTER United mengadakan perbincangan semula dengan Inter Milan berhubung perpindahan Ivan Perisic.

Malah, Jose Mourinho yakin pemain sayap Crotia itu akhirnya akan menjadi milik United, lapor Sunday Mirror.

Pengendali Portugal itu secara terbuka memberitahu Perisic masih dalam radarnya dan merupakan pemain keempat yang akan dibawa masuk ke Old Trafford pada musim panas ini.

United sudah mengemukakan dua bidaan masing-masing bernilai 40 juta pound sterling dan 48 juta pound sterling terhadap pemain berusia 28 tahun itu.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward sudah berunding sekian lama dengan pasukan Itali itu.

"Kami tinggal 25% yang bermaksud seorang lagi pemain. Kami ada pemain pertahanan yang boleh beraksi di pelbagai posisi, itu amat penting. Victor Lindelof boleh beraksi di bahagian pertahanan dan juga tengah.

"Saya faham realiti di pasaran bahawa kelab saya sudah melakukan 75% daripada apa yang saya minta. Saya tidak terfikir untuk menangis atau katakan saya tidak gembira dengan perkembangan itu.

"Saya gembira dengan usaha kelab sebelum saingan Liga Perdana Inggeris bermula sehingga 31 Ogos ini. Jika baki 25% tidak tiba, saya tidak akan menangis, saya akan gunakan apa yang ada dan cuba menang setiap perlawanan," kata Mourinho.

Ivan Perisic, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rooney Hero Everton

Artikel Lain