The Titans Lepasi Saat Sukar - Sukan | mStar

The Titans Lepasi Saat Sukar

Pemain T-Team Joseph Yannick Ndjeng (kiri) terjatuh dihalang oleh pemain Kelantan Mohd Nor Farhan Muhammad dan Morgaro Lima Gomis (kanan) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Selasa malam. Foto: Bernama

KUALA TERENGGANU: The Titans melepasi episod kesukaran mereka dalam usaha memungut mata kemenangan walaupun terpaksa berdepan pelbagai tekanan pada awal permainan.

Pengendalinya Rahmad Darmawan berkata selepas pasukan lawan, Kelantan menjaringkan satu gol, pemainnya seolah-olah hilang punca dan tahap keyakinan semakin merundum.

Berikutan itu, beliau terpaksa membuat penggantian pemain bagi menghasilkan serangan yang lebih baik dan segera mengatasi kelemahan itu.

“Saya akui pada awal pertemuan itu, corak permainan agak perlahan dan tekanan lebih terasa selepas pemain import kita Mahamadou Samassa mengalami kecederaan semasa 15 minit perlawanan..keadaan lebih tertekan selepas Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol.

“Ini bukan satu situasi yang mudah bila keyakinan pemain pula makin berkurangan dan bukan mudah untuk kembalikan tahap keyakinan itu,” katanya selepas tamat perlawanan, di sini, Selasa malam.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah T-Team mengumpul tiga mata penuh selepas menundukkan Kelantan 3-1.

Pasukan pelawat memperoleh gol awal pada minit ke-63 menerusi Mohd Khairul Izuan Rosli sebelum Dilshod Sharofetdinov menyamakan kedudukan di minit ke-79 dan Muhammad Fauzi Abdul Kadar dan Joseph Yannick Ndjeng menambah jaringan dalam minit ke-84 dan 86.

Rahmad berkata bukan mudah untuk menyuntik semangat pemain selepas dua kali mencatatkan kekalahan dan satu seri.

“Saya berpuas hati dengan motivasi yang ditunjukkan pemain namun kurang berpuas hati dengan corak persembahan malam ini.

Walaupun banyak peluang yang kita peroleh, namun kita gagal memanfaatkan peluang terhidang..kita tidak kisah siapa yang menjaringkan gol...janji kita menang,” katanya.-Bernama

T-Team , Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Kelantan Mahu Cari Gol Awal

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain