suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Halangan Aksi Kelayakan Piala Asia 2019 Di Larkin - Khairy

Stadium Tan Sri Hassan Yunos. Foto Facebook johor southern tigers

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya semua aksi skuad kebangsaan untuk kempen kelayakan Piala Asia 2019 berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada kemudahan yang terbaik yang sedia ada di stadium berkenaan.

"Saya tidak ada apa-apa masalah sekiranya stadium itu digunakan untuk apa-apa perlawanan pasukan kebangsaan tapi untuk Sukan SEA ini, ia akan dimainkan di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian penajaan Sukan SEA ke-29 dengan McDonald's Malaysia di sini, Selasa.

Pada Isnin, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan semua aksi skuad negara dalam kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Katanya, FAM telah menghantar surat kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini, gelanggang bagi perlawanan kelayakan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor dan Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Bernama

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana

Artikel Berikut

Artikel Lain