suria

Real Madrid Jadi 'Mangsa' Gol Ke-500 Lionel Messi

Lionel Messi. -fotoAFP

GAWANG Real Madrid menjadi 'korban' gol ke-500 Lionel Messi sepanjang kariernya bersama Barcelona.

Dalam perlawanan La Liga yang berlangsung awal pagi Isnin, Barca menang ke atas Real Madrid selaku tuan rumah sekali gus menyaksikan Messi berjaya mencatatkan rekod peribadi dengan menjaringkan gol ke-500 di markas musuh ketat pasukannya itu.

Sepanjang menyarung jersi Barcelona, Messi telah menjaringkan 343 gol di La Liga, 94 gol di Liga Juara-Juara, 43 gol di Copa del Rey, 12 gol di Piala Super Sepanyol, lima gol di Piala Dunia Antara Kelab dan tiga gol di Piala Super Eropah.

Selain itu, Messi juga berjaya mencatatkan rekod sebagai penjaring gol terbanyak Barca dalam liga bola sepak teratas di Sepanyol itu.

Dalam perlawanan menentang Madrid, Messi menyumbat masuk gol pada minit ke-33 dan 92.

Dengan kemenangan ini Barcelona berjaya menempatkan diri di puncak La Liga di atas Madrid dengan perbezaan gol.

Namun, Madrid mempunyai kelebihan kerana memiliki satu lagi baki perlawanan.

Kedua-dua pasukan ini sama-sama mengumpul 75 mata.

Lionel Messi, Real Madrid, Barca

Artikel Lain