Gol Tercantik: Faiz Subri Teruja, Menang Kalah Soal Kedua - Sukan | mStar

Gol Tercantik: Faiz Subri Teruja, Menang Kalah Soal Kedua

PETALING JAYA: Pemain tengah Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri amat teruja apabila namanya tercalon dalam senarai akhir bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016.

"Saya amat bersyukur dan bertuah kerana berada dalam senarai sepuluh terbaik bersama bintang-bintang bola sepak dunia lain.

"Ia bukan sahaja untuk saya dan pasukan, tetapi lebih penting nama Malaysia muncul berada sebaris dengan negara-negara lain.

"Menang dan kalah adalah soal kedua, kerana ia sudah cukup membuatkan saya teruja apabila nama berada di situ," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Peminat-peminat bola sepak tempatan boleh membuat undian memilih tiga pemain terbaik di laman http://m.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html  yang sedang berlangsung sebelum keputusan terakhir diumumkan pada 2 Disember ini.

Mohd Faiz akan bersaing dengan beberapa pemain terkemuka dunia seperti bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk merebut gelaran tersebut.

Sebagai rekod, Mohd Faiz membuat melakukan sepakan percuma ajaib ketika aksi Liga Malaysia ketika pasukannya, Pulau Pinang bertemu Pahang dalam jarak 32 meter.

Sepakan luar biasa itu menjadi fenomena bukan sahaja di dalam negara, malah menjadi perhatian seluruh dunia.

Malah ia turut dianggap sebagai sepakan lencong lebih hebat berbanding pemain legenda Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

Berikutan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat kepada Fifa supaya gol unik pemain berusia 29 tahun ini disenaraikan sebagai salah satu calon dalam Anugerah Puskas.

Pada 17 Mac lalu, FAM menerima surat maklum balas daripada Fifa berhubung cadangan gol Mohd Faiz dicalonkan bagi anugerah tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Faiz kini sedang menggunakan tempoh rehat Liga Malaysia dengan menghabiskan masa bersama keluarganya.

"Saya menggunakan cuti panjang ini sebaik-sebaiknya sebelum kembali menjalani latihan.

"Saya akan terus bersama Pulau Pinang sebelum kontrak berakhir pada penghujung musim depan," tambahnya.

Mohd Faiz Subri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

FAM Ucap Tahniah Kepada Faiz

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain