suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wenger Tak Menang Liga Selama 14 Tahun - Mourinho

KECELUPARAN mulut Jose Mourinho ternyata sukar dikekang apabila melancarkan "serangan" terbaharu ke atas Arsene Wenger dengan mendakwa dia berasa lebih tertekan kerana kepakarannya untuk memenangi trofi.

Malah sebagai memperlekehkan seterunya itu, pengurus Manchester United tersebut turut mengatakann dirinya berada tahap lebih tinggi berbanding beberapa pengurus lain termasuk Wenger.

"Pengurus Arsenal tidak memenangi liga selama 14 tahun. Saya tidak menang liga dalam tempoh 18 bulan.

"Dia (Wenger), dalam tempoh 14 tahun, gagal membentuk pasukan untuk menjadi juara," kata Mourinho.

"Saya berada di sini (United) selama empat bulan. Tugas ini hanya untuk saya, bukan orang lain," katanya.

Kali terakhir Arsenal dan Wenger merangkul trofi Liga Perdana Inggeris adalah pada 2004 dan selepas itu hanya memenangi tiga kali Piala FA.

Dalam tempoh sama, Mourinho menjuarai tiga trofi Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea, dua kejuaraan liga di Inter Milan dan trofi Liga Juara-Juara dan kejuaraan La Liga bersama Real Madrid.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain