suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naib Presiden PBSNT Ancam Saman Pihak Sebar Fitnah

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Ab Rashid Jusoh memberi amaran akan memfailkan saman terhadap tiga pemilik akaun laman Facebook jika mereka enggan memohon maaf secara terbuka.

Ab Rashid berkata kesemua mereka diberi tempoh lima hari bermula pada Isnin, untuk menarik balik semua kenyataan fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Beliau yang juga Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu berkata pihaknya mula mengesan kata-kata fitnah tersebut sejak 26 Oktober lalu.

"Saya menunggu permohonan maaf secara terbuka daripada pemilik laman sosial Terengganu, TnT dan Selamatkan Bola Sepak Terengganu," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama media, di sini, Isnin.

Beliau sebelum ini, dikaitkan dengan kemerosotan bola sepak Terengganu sehingga diturunkan ke Liga Perdana musim depan, dan dikatakan menghasut beberapa pegawai dalam PBSNT untuk merebut beberapa jawatan penting dalam persatuan berkenaan pada pemilihan akan datang.

Pada Khamis lepas, Ab Rashid turut membuat satu laporan polis berikutan fitnah yag sama kerana mendakwa ia menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang penjawat awam. - BERNAMA

PBSNT, ancam saman, fitnah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain