suria

Wenger Bimbang Kehilangan Sanchez Akibat Kecederaan

ARSENE WENGER mungkin terpaksa melupakan khidmat tonggak tengahnya, Alexis Sanchez yang dilaporkan mengalami kecederaan ketika menyertai skuad kebangsaan Chile.

Pemain berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan pangkal paha yang tidak serius pada Selasa lalu tetapi masih kekal berlatih dengan skuad kebangsaan dan tidak pulang ke Arsenal untuk rawatan lanjut.

Perkembangan Sanchez itu ternyata menggusarkan Wenger untuk mempersiapkan pasukan Arsenal menjelang pertemuan getir dengan Manchester United pada Sabtu ini.

Chile akan berdepan Uruguay pada aksi kelayakan Piala Dunia pada Selasa dan Sanchez mungkin akan diturunkan selepas dia menjalani latiah fizikal bersama pemain lain.

Awal minggu lalu, Wenger mengakui bahawa Arsenal tidak dimaklumkan tentang kecederaan yang dialami Sanchez dan memberi amaran kepada Chile berhubung perkara tersebut.

"Kecederaan pangkal paha yang dialami Sanchez memerlukan penilain lanjut daripada pasukan perubatan kami untuk memastikan betapa serius kecederaan itu.

"Pemeriksaan lanjut ini penting bagi memastikan pasukan Chile tidak mengambil keputusan salah yang boleh menyebabkan Sanchez direhatkan sehingga dua atau tiga bulan," kata Wenger kepada beIN Sports.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain