suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia 2018: Hazard, Lukaku Dahului Gol Belgium

Aksi Romelu Lukaku selepas menjaringkan gol buat Belgium ketika menentang Estonia dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium King Baudouin, Brussels, Belgium pada awal pagi Isnin. Foto Reuters

DRIES Mertens dan Romelu Lukaku masing-masing menjaringkan dua gol buat Belgium sekaligus menewaskan Estonia dengan 8-1 dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia bagi Kumpulan H, awal pagi Isnin.

Malah kapten pasukan Eden Hazard turut mendahului memberikan jaringan buat Belgium.

Skuad kebangsaan di bawah pimpinan Roberto Martinez itu turut mempamerkan aksi cemerlang pemain Thomas Meunier dan Yannick Carrasco.

Jaringan Meunier pada minit ke-8, Mertens (16', 68'), Hazard (25'), Carrasco (62') dan Lukaku (83', 88').

Satu lagi merupakan gol sendiri daripada pihak lawan yang dilakukan oleh pemain Ragnar Klavan.

Belgium mencatatkan tiga gol pertama dalam 25 minit masa pembukaan permainan di Stadium King Baudouin, Brussels di Belgium.

Sementara itu, pihak lawan pula hanya membalas satu gol sebelum tamat babak separuh masa pertama.

Gol tunggal Estonia itu merupakan hasil jaringan Henri Anier. - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Lain