suria

Man United Pilihan Pertama Griezmann

Griezmann (kanan) berlatih bersama Pobga untuk pasukan Perancis. - Ihsan Getty Images

PELUANG Jose Mourinho untuk mendapatkan khidmat Antoine Griezmann tampak cerah apabila bintang Altetico Madrid itu mendedahkan Manchester United sebagai pilihan pertamanya jika berpindah.

Menurut laporan portal Sunday Mirror, pemain berusia 25 tahun itu dianggarkan bernilai 80 juta pound (RM400 juta) dan menjadi rebutan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris termasuka Manchester City, Chelsea dan Manchester United.

Namun pemain Perancis itu dilaporkan memiliki Old Trafford sebagai pilihan utama berbanding Manchester City dan Chelsea.

Awal minggu lalu, Griezmann mendedahkan dia sering berhubung dengan rakan sepasukannya di Perancis, Paul Pogba untuk mengetahui tentang Mourinho dan pemain di Manchester United.

"Saya selalu bertanya pada Pobga tentang Manchester United. Saya fikir mereka merupakan kelab yang besar dan memiliki infrastruktur yang bagus.

"Anda mungkin sering mendengar khabar angin tentang Manchester United dan Paris Saint German tetapi buat masa ini, saya tidak berfikir untuk berpindah ke kelab baharu.

"Namun pasti menarik jika dapat bermain bersama Pogba pada satu hari nanti," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain