suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zulkifli Puas Hati Kedah Menang 5-1

PENOLONG Ketua Jurulatih skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah, Zulkifli Mahmood teruja dengan aksi anak didiknya yang berjaya menewaskan Perlis 5-1 dalam saingan suku akhir di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam.

Zulkifli terpaksa menggalas tugas jurulatih pada perlawanan penting itu selepas Ketua Jurulatihnya, Hussin Jaafar tidak sihat.

Menurutnya, walaupun mempunyai banyak peluang dalam perlawanan itu namun beliau berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan pemain sehingga berjaya menghasilkan lima gol dan memastikan kemenangan.

"Saya bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam perlawanan ini selepas ketua jurulatih tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

"Apa yang pasti aura kemenangan Kedah pada Piala Malaysia lalu masih dirasai apabila seramai hampir 5,000 penyokong hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan kita.

"Kejayaan ini bukan nasib kerana sepanjang permainan kita berjaya menguasai 80 peratus permainan dan menghasilkan lima gol," katanya kepada mStar Online.

Zulkifli menambah, kehadiran empat bekas pemain utama Kedah iaitu Shafizam Hashim, Mohd Farizal Rozali, Wan Mohd Syukri dan penjaga gol Mohd Muhaymin Ramlee berjaya meningkatkan prestasi barisan pemain muda bagi mereka beraksi melebihi kemampuan sebenar.

Pada perlawanan itu, Md Nabil Ahmad Altipi muncul wira pasukan Kedah dengan menghasilkan hatrik.

Skuad 'Sang Keris' terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan ketua pasukan Syafizan Hashim selepas pengadil, Mohd Fairus Md Desa menghadiahkan sepanakan penalti pada minit ke-18.

Kedah turut memperoleh jaringan menerusi Fitri Zaaim Amran.

Pasukan pelawat, Perlis berjaya menghasilkan jaringan tunggal menerusi Shahrul Ramli pada minit ke-28.

Kedah akan bertandang ke Kangar untuk misi suku akhir kedua pada 19 November ini.

Perlis, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain