Donald Trump Minat Ana Ivanovic - Sukan | mStar

Donald Trump Minat Ana Ivanovic

Ana Ivanovic bersama suaminya Bastian Schweinsteiger.
PRESIDEN baharu Amerika Syarikat, Donald Trump, pernah menyatakan minatnya terhadap pemain tenis Ana Ivanovic,isteri kepada Bastian Schweinsteiger dari Manchester United.

Wanita Serbia berusia 29 tahun itu pernah menjadi pemain nombor 1 dunia dan menjuarai Terbuka Perancis pada tahun 2008.

Pencapaian tersebut membuatkan Trump kagum dengan kehebatan Ivanovic selain terpesona dengan kecantikannya.

Menteri Luar Negeri Serbia, Ivica Dacic, yang bertemu Trump pada 2013 telah mendedahkan tentang perkara ini.

Ketika itu Dacic yang masih menjadi wakil Presiden Serbia telah bertemu dengan Trump untuk membincangkan beberapa perkara.


"Dalam masa 15 minit, Trump hanya bercakap tentang Ana Ivanovic. Dia menyebut Ivanovic sebagai wanita dan pemain tenis paling cantik di dunia. Trump terpesona dengan kecantikannya," kata Dacic.

Ivanovic pernah bertemu dengan Trump pada 2014 dan dia telah memuat naik gambarnya bersama presiden berusia 70 tahun itu di Twitternya.



Tidak lama kemudian, Ivanovic bercinta dengan Schweinsteiger dan mereka berkahwin pada Julai 2016 di Venice.


Karier Schweinsteiger bersama United kini kurang baik apabila sehingga kini pemain dari Jerman itu masih belum pernah diturunkan oleh Jose Mourinho.

Laporan terbaru menyatakan Schweinsteiger ingin meninggalkan Old Trafford untuk bersama Stuttgart di Bundesliga.
Donald Trump , Ana Ivanovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain