suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus, Man City Intai Peluang Dapatkan Alexis Sanchez

KEGAGALAN Arsenal mencapai kata sepakat dengan Alexis Sanchez mengenai kontrak baharu telah membuka ruang kepada Juventus dan Manchester City untuk melakukan bidaan sehingga £50 juta.

Pemain kebangsaan Chile itu menjadi perhatian banyak pasukan selepas berjaya membantu Arsenal berada di tahap lebih baik walaupun gagal memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris.

Sanchez, 27, dilapor enggan menurunkan tandatangan untuk kekal bersama Arsenal selepas kelab itu menolak tuntutan gaji sebanyak £130,000 seminggu.

Perbincangan mengenai lanjutan kontrak selama tiga tahun lagi itu berlanjutan sejak Ogos lalu.

Kedua-dua kelab itu dijangka akan memberi takanan kepada Arsenal untuk menjual Sanchez pada musim ini kerana pemain berkenaan hanya mempunyai baki kontrak selama setahun lagi.

Arsenal bakal terlepas peluang berharga jika Sanchez meninggalkan kelab itu secara percuma pada 2018 selepas kontraknya tamat kerana pemain itu boleh dijual pada harga tertinggi. - Daily Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Lain