suria

Nasib Moyes Bersama Sunderland Di Hujung Tanduk

Moyes (kanan) dikatakan tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada Short.

DAVID Moyes berdepan risiko dipecat sekiranya Sunderland tewas kepada Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

Lebih memburukkan keadaan, Moyes akan menyaksikan pertembungan penting itu dari tempat duduk penonton di Stadium Vitality selepas dia dilarang berada di tepi padang.

Pemilik Sunderland, Ellis Short dikatakan sudah hilang sabar selepas pasukan itu mempamerkan prestasi hambar pada permulaan kempen EPL musim ini.

Sunderland kini menduduki tangga tercorot liga apabila hanya mengumpul dua mata daripada 10 perlawanan setakat ini dengan tiada kemenangan direkodkan.

Kelab itu sudah merangka pelan luar jangka dengan tempoh rehat pada aksi perlawanan antarabangsa selepas aksi minggu ini merupakan waktu terbaik untuk Sunderland melakukan rombakan.

Moyes dilantik sebagai pengurus pada akhir Julai lalu selepas Sam Allardyce meninggalkan pasukan itu untuk memenuhi tanggungjawab bersama England.

Pengurus berusia 53 tahun itu dikatakan tidak menerima sokongan sepenuhnya daripada Short.

Bekas pengurus Everton, Manchester United dan Real Sociedad itu kecewa dengan pengambilan pemain baharu Sunderland semasa pintu perpindahan pada musim panas lalu, punca utama skuad tersebut lemah.

Malah, Moyes turut tidak berpuas hati apabila dia dan Ketua Eksekutif, Martin Bain mengadakan mesyuarat dengan Short baru-baru ini.

Moyes kecewa selepas Short dikatakan mahu menjual Stadium of Light dan menyerahkan kepada beliau dan Bain untuk menyelesaikan masalah yang menyelubungi pasukan itu.



David Moyes, Sunderland, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain