suria

Man United Perlukan Dua Pemain Untuk Pogba

BEKAS pemain tengah Manchester United, Paul Scholes percaya kelab itu memerlukan pemain yang dapat menyokong Paul Pogba menjadi lebih baik di atas padang.

Berikutan itu, Scholes mencadangkan dua nama untuk dibeli United pada jendela perpindahan akan datang.

Kedua-dua pemain berkenaan adalah milik Real Madrid dan Bayern Munich iaitu Luka Modric dan Toni Kroos.

Scholes melontarkan cadangan berkenaan selepas United tewas 0-1 kepada Feyenoord pada awal pagi Jumaat.

Dalam perlawanan itu, Pogba dilapor gagal memainkan peranannya walaupun bergelar pemain termahal di dunia.

"Saya rasa United perlukan pemain tengah yang dapat mengawalnya (Pogba). Jika di United Michael Carrick antara yang boleh melakukannya," jelasnya. - Daily Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain