suria

Hull City Mula Mencari Pengganti Steve Bruce

HULL City kini memulakan tugas untuk mencari pengurus baharu menjelang tiga minggu sebelum aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) membuka tirai berikutan peletakan jawatan Steve Bruce.

Bekas pemain pertahanan Manchester United itu  meninggalkan Stadium KCOM pada Jumaat selepas dilaporkan kelab tidak bersetuju dengan perancangannya yang mahu mencari pemain baharu.

Dalam pada itu, pemilik kelab turut dilaporkan dalam perbincangan untuk menjual kelab bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sepanjang musim EPL nanti.

Malah mereka juga dijangka berdepan dengan kesukaran untuk mencari pengganti Bruce yang mana telah banyak melakukan perubahan terhadap kelab sehingga layak beraksi dalam saingan EPL musim baharu nanti.

Sebagai rekod, Bruce antara pengurus paling berjaya di Hull dengan kejayaan dua kali beraksi dalam EPL dan mara buat kali pertama di pentas akhir Piala FA 2014, namun tewas kepada Arsenal.

Mike Phelan yang menjadi pembantu Bruce sebelum ini dilantik sebagai pengurus sementara  sebelum menemui pengendali sebenar yang tersenarai sebagai calon layak seperti Roy Keane, Steve McClaren, Ryan Giggs, Karl Robinson dan Neil Warnock.

"Dengan pencapaian cemerlang Tigers beberapa musim termasuk dua kelayakan dan mara ke final Piala FA 2014, kami mengesahkan pengurus Steve Bruce telah meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama.

"Barisan tertinggi kelab ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas usaha keras Steve yang menaikkan nama kelab sejak dilantik pada tahun 2012," jelas kenyataan kelab.

Hull bakal berdepan dengan aksi pertama EPL bertemu juara bertahan Leicester City di tempat sendiri pada 13 Ogos ini.

Steve Bruce, Hull City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain