suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus Bincang Dengan United Mengenai Pogba

Paul Pogba.

MASSIMILIANO Allegri mengesahkan Juventus sedang berbincang dengan Manchester United mengenai masa depan Paul Pogba.

Pengurus kelab Serie A itu mendedahkan rundingan tersebut menjelang aksi persahabatan Piala Juara Antarabangsa menentang Atletico Madrid, malam Sabtu.

"Pogba merupakan pemain Juventus buat masa ini tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku.

"Kelab ini akan meneliti perkara itu selepas rundingan dengan United," katanya.

United dilaporkan bersedia mendapatkan khidmat Pogba dengan nilai perpindahan rekod dunia.

Juventus turut berjaya memuktamadkan perpindahan pemain sayap, Crotia Marko Pjaca dari Dinamo Zagreb sebanyak 20 juta pound.

"Dia seorang lagi pemain berkualiti yang kita ada, jadi apa sahaja yang akan berlaku terhadap Pogba, kita masih berada dalam kedudukan baik.

Pengurus United, Jose Mourinho buat masa ini enggan mengesahkan mengenai perkara itu.

Namun beliau berkata:'Saya bercakap mengenai pemain dari kelab lain. Dia adalah seorang pemain Juventus. Jika ada kelab mahu salah seorang pemain saya dan bercakap mengenainya, saya tidak akan gembira.

"Jadi Paul Pogba adalah pemain Juve dan apa yang kami cuba lakukan akan dilakukan secara jujur, betul dan mengikut institusi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain