suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harrison Pecah Rekod Dunia Acara Lompat Pagar 100m

ATLET olahraya, Amerika Syarikat (AS), Kendra Harrison memecah rekod dunia acara lompat pagar 100 meter dalam acara Sukan Ulangtahun London.

Harrison yang gagal melayakkan diri pada aksi Olimpik di Rio selepas sekadar menamatkan ujian Olimpik AS di tempat keenam menamatkan larian dengan catatan masa 12.20 saat.

Keputusan itu membolehkan Harrison memadamkan rekod yang pernah dicatatkan Yordanka Donkova dari Bulgaria pada 1988.

Brianna Rollins (12.57), Kristi Castlin (12.59) dan Ali Nia (12.63) yang akan beraksi di Rio menamatkan larian di belakang Harrison pada Jumaat.

"Gagal ke Olimpik amat menyedihkan dan saya datang ke sini untuk membuktikan kemampuan saya.

"Saya berlatih bersungguh-sungguh untuk saat ini. Selamat maju jaya kepada rakan-rakan lain yang akan bersaing di Rio tetapi saya amat terkejut sekarang," kata Harrison.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain