suria

"Yakinkanlah Diri Sendiri" -Tan Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe
“PEMAIN perlu yakin dengan kemampuan mereka serta beraksi dengan penuh kesungguhan untuk mencapai kejayaan," pesan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe.

Menurutnya, skuad Helang Merah yang diturunkan dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala FA di Larkin pada Sabtu malam perlu melupakan kemenangan 2-1 dalam aksi pertama bagi mengelak daripada terbawa sindrom selesa.

“Kesemua pemain sudah bersedia secara mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran dalam perlawanan ini. Mereka perlu berusaha tanpa henti sepanjang perlawanan untuk mendapatkan kemenangan.

“Mereka perlu menguatkan mental dan bersaing dengan pemain JDT bagi mendapatkan kemenangan ini.

“Jangan lakukan kesilapan yang mampu mambawa padah dan tumpu sepenuh perhatian," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, skuadnya tidak menghadapi tekanan kuat kerana tidak menjadi pasukan pilihan yang dibarisi pemain berpengalaman seperti JDT.

“Di atas kertas JDT memang sukar dijinakkan di gelanggang keramat mereka tetapi di atas padang apa apa sahaja boleh berlaku dan inilah kesempatan yang perlu dicuri oleh barisan pemain.

“Saya yakin dua pemain yang bakal mengantikan Liridon dan Amirul Hisyam Awang Kechik mampu melakukan yang terbaik kerana sebelum ini  saya sudah menggunakan khidmat mereka dan hasilnya tidak mengecewakan.

“Kesemua pemain mengetahui kejayaan hanya mampu dicapai dengan usaha dan terus berusaha sehingga wisel penamat, tanpa kesungguhan dan kemahuan tinggi bagi mencapai kemenangan sudah pasti hasrat untuk ke final hanya sekdar menjadi impian sahaja,” jelasnya.
Helang Merah, Tan Cheng Hoe, Piala FA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain