Van Gaal Mahu Man United 'Tangguh' Gelaran Juara Leicester - Sukan | mStar

Van Gaal Mahu Man United 'Tangguh' Gelaran Juara Leicester

Louis van Gaal
LOUIS van Gaal tidak akan membiarkan Leicester City memahat gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini ketika turun bermain di Old Trafford, Manchester United, esok.

Pasukan Claudio Ranieri hanya memerlukan tiga mata untuk mengunci gelaran juara buat kali pertama. Mereka berpeluang meraih gelaran itu ketika berkunjung ke Manchester.

Namun, United juga tidak mahu kalah dengan mudah kerana mereka sedang berusaha keras untuk berada di empat kedudukan teratas carta liga.

Justeru, Van Gaal telah menggesa skuad asuhannya supaya meraih kemenangan atas The Foxes.

"Kami harus mengejar jarak dan kedudukan, jadi kami masih mempunyai tekanan. Kami harus menang setiap pertandingan yang tinggal. City masih perlu berdepan Arsenal, jadi salah satu daripada mereka akan kehilangan mata," kata jurulatih dari Belanda itu.

"Saya rasa kami harus mengalahkan Leicester karena kami masih berada di tahap perebutan posisi, jadi kami harus mengalahkan mereka. Kami tidak boleh biarkan mereka menjadi juara di Old Trafford minggu ini.

"Saya rasa mereka akan jadi juara seminggu sahaja lagi, jadi kami tidak akan merosakkan 'pesta' mereka, hanya melewatkannya sedikit," katanya.

Sementara itu, Leicester yang sedang berada di ambang sejarah dengan keunggulan tujuh mata dari pesaing terdekatnya, Tottenham Hotspur, hanya memerlukan satu sahaja kemenangan bagi memastikan gelaran juara liga pertama mereka.

Di awal musim ini, United mengikat Leicester dengan keputusan 1-1 di Stadium King Power.

Pasukan Claudio Ranieri ini baru sekali kalah dalam 10 perlawanan liga terakhir sementara United hanya sekali kalah dalam tujuh pertandingan terakhir.

"Dia (Ranieri) selalu mengatur pasukannya dengan sangat baik. Saya adalah orang pertama yang kata mereka boleh menjadi juara. Bagi saya hal ini tidak mengejutkan," kata Van Gaal.

"Saya sudah melihatnya berkali-kali dan saya percaya dengan semangat berpasukan dan pengurus ini sudah melakukannya ke atas pasukannya."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain