suria

Pochettino Umum Kekal Bersama Spurs

Mauricio Pochettino
PENYOKONG Tottenham Hotspur boleh menarik nafas lega berhubung masa depan Mauricio Pochettino apabila pengurus kelab itu mengaku telah mencapai kesepakatan berhubung kontrak baharunya.

Pochettino, 44, menunjukkan prestasi mengagumkan dalam musim keduanya di London Utara. Jurulatih dari Argentina itu dihujani banyak pujian setelah Spurs menjadi salah satu kelab yang memeberikan saingan hebat dalam kempen memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris.


Pochettino juga dikatakan mula diintai beberapa kelab, termasuk Manchester United dan Paris St. Germain.

Bagaimanapun, Pochettino dilihat akan lama berada di White Hart Lane.

Dalam sidang akhbar pada Jumaat, Pochettino mengumumkan bahawa dia dan Spurs sudah mempersetujui kontrak baharu untuk tempoh lima tahun.


"Saya boleh beritahu sekarang bahawa kami telah mencapai persetujuan mulut dengan kelab untuk memanjangkan kontrak saya di sini selama dua tahun lagi sehingga 2021," kata Pochettino, memetik ESPNFC

"Kami memang belum menandatanganinya tetapi kami sudah mencapai sebuah kesepakatan verbal untuk saya kekal di sini selama lima tahun akan datang. Kami mula berbincang sejak beberapa bulan lalu. Saya sangat gembira. Saya akan menandatanganinya pada Selasa atau esok (Ahad)."

"Ini keputusan mudah. Ketika anda bahagia dan ketika anda merasakan ramai orang sayangkan anda, serta potensi kelab yang saya fikir besar, mengapa harus berpindah? Mengapa tidak kekal saja? Memang benar saya percayakan kelab ini, para pemainnya, staf dan penyokongnya," katanya.

"Untuk itu, saya katakan 'ya' untuk terus kekal di sini dan memanjangkan kontrak," katanya.
Mauricio Pochettino

Artikel Sebelum

Artikel Lain