suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Diminta Patuhi Arahan Ketika Perlawanan JDT-Kedah Esok

Saingan separuh akhir kedua di antara Kedah dan JDT akan berlangsung pada Sabtu ini.
JOHOR BAHARU: Penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah diminta mematuhi arahan keselamatan ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perlakuan atau perbuatan yang tidak mematuhi undang-undang.

"Antaranya, larangan membawa atau membakar bahan letupan termasuk suar, bunga api, mercun dan apa jua yang didefinisikan sebagai bahan letupan serta senjata tajam atau berbahaya yang boleh menimbulkan kekacauan kepada orang awam," katanya menerusi kenyataan, Jumaat.

Sulaiman berkata penyokong kedua-dua pasukan juga dilarang mendatangkan provokasi yang boleh mencetuskan perbalahan dan membawa sebarang peralatan yang boleh mendatangkan kecederaan seperti botol kaca, kayu dan batang besi.

Beliau berkata meminum minuman keras atau membawa masuk minuman memabukkan ke stadium juga dilarang selain melakukan sebarang bentuk vandalisme seperti membakar tempat duduk penonton dan memanjat pagar.

"Penonton turut dinasihatkan menjaga tingkah laku, moral, budaya dan etika yang positif serta semangat kesukanan yang tinggi sebelum, semasa dan selepas perlawanan," katanya.

Piala FA, ACP Sulaiman Salleh

Artikel Berikut

Artikel Lain