suria

Liga Europa: Sevilla Ikat Shakhtar Donetsk Seri 2-2

Pemain Shakhtar Donetsk, Taras Stepanenko (kiri) ketika membuat jaringan dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa, awal pagi Jumaat. Foto AFP

JUARA bertahan Liga Europa, Sevilla berjaya mengatasi ketinggalan daripada Shakhtar Donetsk selepas menamatkan perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa, awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun, perlawanan di Stadium Arena Lviv di Lviv itu hanya menyaksikan Sevilla mengikat Shakhtar seri dengan 2-2.

Pemain Sevilla, Vitolo meraih gol pembukaan pada minit ke-6.

Jaringan itu hasil umpan daripada Kevin Gameiro dan melancarkan serangan ke sudut kiri gawang yang dikawal oleh Andriy Pyatov.

Shahkhtar juga tidak mahu mengalah apabila pemainnya, Marlos meraih jaringan uat pasukan itu pada minit ke-23.

Gol pertama itu membuatkan Shakhtar semakin bersemangat dan hasilnya mencatatkan jaringan seterusnya menerusi aksi Taras Stepanenko pada minit ke-35.

Hanya pada minit ke-82, Sevilla akhirnya berjaya mengatasi ketinggalan itu, hasil sepakan penalti Gameiro.

Skor mata itu cukup membuatkan Sevilla bermain berimbang 1-1 pada perlawanan separuh akhir kedua bagi menentang Shakhtar pada 5 Mei ini.




Artikel Lain