Nauraj Singh Sasar Lompatan Lebih Tinggi Di Rio

Nauraj Singh.

SINGAPURA: Gembira! Terharu! Puas hati! Itu adalah reaksi segera atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa apabila ditanya pencapaian bersejarahnya pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura, Khamis.

Nauraj Singh, 24, layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro Ogos ini secara merit selepas mencatatkan 2.29 meter pada kejohanan itu, menyamai had kelayakan ke Sukan Olimpik.

Selain memenangi pingat emas, kejayaan beliau itu sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 2.27 meter yang dipegang Lee Hup Wei sejak 2010.

Atlet ini juga memperbaiki catatan terbaiknya, 2.25 meter ketika menyertai Canberra Track Classic dua bulan lepas.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang membantu saya sepanjang tiga bulan lepas ketika saya menjalani latihan di Australia," kata Nauraj kepada Bernama.

"Tempoh tiga bulan itu adalah sangat penting bagi saya. Ia membawa saya di mana saya sekarang. Tanpa latihan itu, saya tidak percaya saya berjaya melakukannya," katanya. - Bernama

Nauraj Singh

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain