suria

Bayern Munich Ikat Penjaga Gol Terbaik Nuer Sehingga 2021

Nuer (tengah) bersetuju menandatangani kontrak bersama Bayern Munich sehingga 2021.

KELAB Bayern Munich menyambung kontrak penjaga Manuel Neuer dengan nilai kontrak 11.8 juta pound (RM66 juta) setahun sehingga 2021.

Nuer,30, merekodkan 248 penampilan untuk kelab gergasi Jerman ini sejak berpindah dari Schalke pada tahun 2011.

Pemain kebangsaan Jerman ini dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik Dunia 2013, 2014 dan 2015 sedia bersedia mengakhiri kariernya Bayern Munich.

Ikatan kontrak terbaharu ini juga sekaligus menamatkan harapan Pep Guardiola yang bercita-cita membawa Nuer ke Stadium Etihad musim depan sebaik sahaja memulakan tugasnya bersama Manchester City.




Guardiola kini masih membimbing skuad Bayern sehingga tamat musim ini dengan mengungguli kedudukan Bundesliga yang kelebihan tujuh mata ketika saingan berbaki empat perlawanan untuk ditamatkan.

“Saya rasa amat selesa di Bayern dan saya gembira dengan kontrak baharu ini,” kata Neuer.

Sebagai rekod, Nuer telah membantu Bayern Munich merangkul tiga trofi juara Bundesliga (2013,2014,2015), dua trofi juara Piala Jerman (2013,2014), trofi Liga Juara-Juara (2013), juara Piala Super Jerman (2012), UEFA Super Cup (2013), Piala Kelab Dunia Fifa (2013).

Artikel Lain