suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ryan Giggs Bakal Dilantik Jurulatih Celtic

LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs disebut bakal dilantik sebagai jurulatih Celtic bagi menggantikan Ronny Deila.

Deila yang kini memimpin skuad gergasi Scotland itu mengesahkan untuk melepaskan jawatan berkenaan pada akhir musim ini.

Berikutan itu, Giggs yang merupakan penolong Van Gaal ketika ini disebut akan dilantik sebagai jurulatih baharu Celtic.

Bagaimanapun difahamkan, Giggs tidak akan melepaskan jawatan di United dengan mudah jika tiada perjanjian jangka panjang diberikan oleh Celtic.

Giggs turut disebut sebagai ketua jurulatih di United sekiranya Van Gaal meninggalkan kelab berkenaan pada musim depan.

Bagaimanapun, jawatan Van Gaal dijangka akan diberikan kepada Jose Mourinho yang dipecat Chelsea pada Disember lalu.

Manchester United, Celtic

Artikel Lain