KEMENANGAN 2-0 Manchester United ke atas Crystal Palace, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Khamis disambut Louis van Gaal dengan gembira. Salah seorang pemain yang mendapat pujian Van Gaal adalah penyerang senior, Wayne Rooney yang kembali diturunkan setelah mengalami kecederaan. Menurut Van Gaal, penampilan Rooney dalam perlawanan itu sangat bagus walau Wazza (panggilan akrab untuk Rooney) tidak diturunkan sebagai penyerang dan tidak menyumbangkan gol. Van Gaal berkata, walaupun tidak bermain pada posisinya seperti biasa, Rooney dinilai berjaya memainkan peranannya dengan baik. “Saya tidak menyatakan bahawa Rooney harus menunjukkan segala-galanya. Saya menilai di babak pertama dia bermain dengan baik tetapi di babak kedua dia nampak letih. Sebab itulah saya menggantikannya,” ujar Van Gaal, memetik Soccerway. “Sekarang dia sudah bermain sebanyak 75 minit. Saya membina semula kapasiti dirinya melalui pertandingan, sama seperti yang saya lakukan terhadap pemain lain,”katanya. Gol dalam perlawanan ini disumbat masuk oleh Damien Delaney, pada minit kelima dan Matteo Darmian pada minit ke-55. United kini berada di kedudukan kelima carta Liga Perdana Inggeris dengan 59 mata, satu mata ketinggalan di belakang Arsenal di posisi keempat. Di belakang United adalah West Ham dengan 56 mata.