suria

La Liga: Barca 'Mengamuk', Suarez Cipta Rekod

Luis Suarez
BARCELONA bangkit kembali setelah mengalami tiga kekalahan berturut-turut, sekali gus melenyapkan rekod tidak pernah menang dalam lima perlawanan terakhir mereka sebelum ini.

Bertandang ke Riazor, Barca 'mengamuk' apabila menggulung tuan rumah Deportivo La Coruna dengan lapan gol tanpa balas dalam saingan La Liga, awal pagi Khamis.

Barca sebelum ini dikritik banyak pihak kerana prestasi buruk dalam beberapa pertandingan terakhir liga, menyebabkan mereka diekori rapat oleh Atletico Madrid dan Real Madrid yang menunjukkan prestasi konsisten.

Malah pasukan ini juga tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Satu-satunya pemain yang disebut-sebut dalam kemenangan 8-0 ke atas Depor ini adalah Luis Suarez yang menyumbat masuk empat gol dan melakukan tiga 'assist'


Catatan itu merupakan rekod baharu pada abad ke-21 di mana dia menjadi satu-satu pemain yang terlibat dalam mencipta tujuh gol menerusi saingan La Liga.

Selain itu, apa yang dilakukan Suarez ini juga menyamai rekod bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, yang melakukan enam hatrik dalam perlawanan liga musim ini.

Empat gol lain disumbangkan oleh Ivan Rakitic, Lionel Messi, Marc Bartra, dan Neymar.

Kemenangan ini menjadikan Barcelona terus berada di puncak liga dengan 79 mata, berkongsi mata dengan Atletico Madrid di tempat kedua dan di tempat ketiga, Real Madrid dengan 78 mata.

Dalam perlawanan awal pagi Khamis, skuad Diego Simeone itu juga meraih kemenangan 1-0 atas Athletic Bilbao.

La Liga, Luis Suarez, Barca

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain