suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serena Hidupkan Peluang Tambah Trofi Kesembilan Terbuka Miami

Serena Williams.

SERENA Williams memenangi perlawanan ke-750 sepanjang kariernya sekali gus menghidupkan peluang untuk merangkul trofi Terbuka Miami kesembilan selepas menundukkan Zarina Diyas dari Kazakhstan 7-5 6-3 pada pusingan ketiga di Florida.

Pemain No.1 dunia itu memperbaiki rekod kariernya apabila hanya dijarakkan dengan tiga lagi perlawanan dengan Lindsay Davenport.

Martina Navratilova menduduki tangga teratas dalam senarai sepanjang masa dengan merekodkan 1,442 kemenangan.

Pemain berusia 34 tahun itu akan bertemu Svetlana Kuznetsova dari Rusia pada pusingan keempat.

Kuznetsova menewaskan pemain Perancis, Caroline Garcia 4-6 6-2 7-6(6).

"Saya fikir dia memanggil jurulatihnya dan mereka menggunakan strategi berbeza.

"Saya berjaya membacanya selepas beberapa ketika. Dia bermain dengan hebat terutamanya apabila menduduki ranking ke-97.

"Dia ada masa depan yang cerah kerana dia masih mudah. Namun saya mahu mematahkan langkahnya," kata Serena.
Serena Williams, Terbuka Miami

Artikel Lain