suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beregu Campuran Peng Soon-Liu Ying Rangkul Gelaran Terbuka NZ

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon merangkul gelaran pertama mereka pada tahun ini selepas muncul juara Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka New Zealand, Ahad.

Gandingan emas Sukan Asia 2010 itu menundukkan gandingan Zheng Siwei/Li Yinhui dari China dalam straight set 21-19 dan 22-20 dalam pertarungan sengit selama 45 minit, menurut laman web rasmi kejohanan itu www.nzbadmintonopen.com.

Gelaran itu bakal meningkatkan keyakinan pasangan itu untuk memenuhi impian melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 pada Ogos, selepas persembahan mengecewakan apabila tersingkir dalam pusingan pertama pada Terbuka Jerman dan All-England bulan lepas.

"Ini merupakan tahun Olimpik dan ia meningkatkan keyakinan kami untuk menghadapi kejohanan akan datang, terutamanya Rio. Kami tidak membuat banyak persediaan bagi kejohanan ini tetapi kami menganalisis lawan kami dan cuba sebaik mungkin untuk tidak memberikan mata mudah.

"Saya membuat beberapa kesilapan tidak sepatutnya tetapi nasib baik kami tidak dihukum untuk itu. Mereka mempunyai kelebihan kerana masih muda dan tangkas, jadi kami terpaksa gunakan pengalaman kami untuk menang," kata Liu Ying yang dipetik berkata demikian selepas perlawanan itu.

Gandingan itu dijangka mengambil bahagian dalam Terbuka India dari 29 Mac hingga 3 April dan Terbuka Malaysia dari 5-10 April.

Artikel Lain