suria

Pemilik Arsenal Pertahan Arsene Wenger Sebagai 'Aset Utama' Kelab

Arsene Wenger
PEMEGANG saham kedua terbesar Arsenal, Alisher Usmanov mempertahankan Arsene Wenger dan mahu pengurus dari Perancis itu terus kekal bersama kelab itu.

The Gunners mencatatkan rekod prestasi mengecewakan dalam Liga Juara-Juara dan baru saja disingkirkan Watford dalam Piala FA Inggeris.

Situasi ini menyebabkan Wenger kembali dikritik dan ramai yang mahu dia digantikan dengan pengurus lain.

Namun, Usmanov tidak melihat Wenger melakukan sebarang kesalahan. Malah, Usmanov menegaskan bahawa Wenger hanya akan meninggalkan kelab itu jika dia sendiri yang mahu berundur.

"Setakat ini Arsenal masih stabil. Mereka selalu berada di zon empat teratas Liga Perdana. Saya gembira. Kelab ini harus mempertahankan simbol dan aset utamanya iaitu pengurus Arsene Wenger," kata Usmanov kepada Rossiya 24.

"Kegagalan telah menghantui Arsenal selama bertahun-tahun kerana mereka tidak mampu menjadi juara Liga Perdana Inggeris. Inilah yang menyebabkan ramai yang tidak puas hati dengan kedudukan Wenger sebagai pengurus.

"Saya percaya Arsene Wenger adalah jurulatih yang hebat dan Arsenal harus memberinya peluang untuk membawa kelab kembali meraih kejayaan."

"Hal ini sangat penting untuk sebuah kelab bola sepak yang mempertahankan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh mereka yang telah berjasa membangunkan kelab dalam menciptakan kemenangan.

"Arsenal memerlukan Arsene Wenger. Arsenal tidak pernah mencuba untuk memecatnya. Jika dia ingin pergi, maka dia sendiri yang harus menyatakannya,” kata Usmanov.

Arsene Wenger, Alisher Usmanov

Artikel Lain