suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Switzerland: V Shem/Wee Keong, Kien Keat/Boong Heong Mara

KUALA LUMPUR: Beregu negara yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 Goh V Shem/Tan Wee Kiong mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Switzerland 2016 yang berlangsung di St Jakobshalle Arena, Basel.

Gandingan separuh akhir All-England 2016 itu dengan mudah menundukkan  beregu tuan rumah Mathias Bonny/Christian Kirchmayr dalam straight set 21-6 dan 21-14 dalam hanya kira-kira 20 minit dalam perlawanan pada awal Khamis (waktu Malaysia). Mereka akan bertemu beregu Denmark Mathias Christiansen/David Daugaard dalam pusingan kedua.

Bekas beregu nombor satu dunia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong turut membawa cabaran negara ke pusingan kedua selepas menundukkan Bastian Kersaudy/Gaetan Mittelheisser dari Perancis juga dalam straight set 11-17, 21-8.

Pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2010 itu akan bertemu beregu Thailand Puavaranukroh Dechapol/Kedren Kittinupong lewat malam ini.

Bagi acara beregu wanita, gandingan nombor satu negara Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei menumpaskan Nadia Fankhauser/Sannatasah Saniru (Switzerland/Malaysia) 21-11 dan 21-11, dan bakal bertemu Heather Olver/ Lauren Smith dari England.

Bagaimanapun, bagi acara perseorangan wanita, pemain nombor satu Malaysia, Tee Jing Yi ditunjukkan jalan keluar oleh Pai Yu Po dari Taiwan, setelah kecundang 15-21, 21-18 dan 21-10 dalam pusingan pertama.

Terdahulu, cabaran Malaysia dalam perseorangan lelaki berakhir selepas tiga pemain tumpas kepada lawan masing-msaing dalam perlawanan pusingan kedua malam tadi.

Bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli tumpas 21-17, 12-21 dan 12-21 kepada pemain pilihan kedua Chou Tien Chen dari Taiwan manakala pemain pelapis negara Soong Joo Ven kalah 19-21, 21-19, 13-21 kepada seorang lagi pemain Taiwan, Wang Tzu Wei.

Sementara itu, Iskandar Zulkarnain Zainuddin menarik diri ketika ketinggalan 9-17 dalam set kedua akibat kecederaan, selepas kalah 17-21 dalam set pertama kepada Muhammad Bayu Pangisthu dari Indonesia.

Malaysia tidak menghantar wakil bagi acara beregu campuran pada kejohanan itu yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$120,000 (RM499,716).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain