suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Antonio Conte Bakal Cantas Ego Pemain Chelsea

GIANLUIGI Buffon memberi amaran kepada pemain Chelsea bahawa mereka akan dipaksa mengubah sikap secara keras jika Antonio Conte dilantik sebagai jurulatih pada musim depan.

Penjaga gol Juventus itu memberitahu, Conte yang merupakan bekas jurulatih kelabnya adalah seorang yang tegas dan tidak berkompromi dengan mana-mana pemain.

"Dia seorang jurulatih yang percaya kepada disiplin dan undang-undang. Dia sangat tegas dan sentiasa membentuk pemain untuk menjaga sikap di dalam atau luar padang," katanya.

Amaran itu diberikan selepas prestasi tidak menentu Chelsea yang membawa kepada pengguguran Jose Mourinho sebagai jurulatih cdikatakan berpunca daripada pemain.

Antara pemain yang dilapor mencetuskan masalah dan tidak mempunyai sikap baik di Chelsea ialah Diego Costa, Eden Hazard dan Cesc Fabregas.

Conte dilapor menjadi calon pilihan Chelsea untuk menggantikan Guus Hiddin pada akhir musim ini.

Artikel Lain