suria

Martial Mampu 'Tendang' Liverpool - Pallister

LEGENDA Manchester United, Gary Pallister yakin Anthony Martial mampu menjadi senjata kelab itu untuk mengeluarkan Liverpool daripada saingan Liga Europa pada Khamis ini.

Skuad bimbingan Louis Van Gaal bakal berdepan Liverpool di Old Trafford pada Khamis ini dengan ketinggalan 2-0 akibat kekalahan pada perlawanan pertama.

Pallister merasakan Martial mampu berdepan aksi kasar pertahanan Liverpool dan memastikan United ke peringkat seterusnya.

"Harapan besar diletakkan pada Martial kerana pertahanan Liverpool bimbang jika dia mendapat bola. Dia mampu melarikan bola daripada mereka dan mencipta peluang gol.

"Ketakutan pertahanan lawan akan memberikan kelebihan kepada Martial, Walaupun tidak dapat menjadi penyudah namun dia dapat melepasi mereka," jelasnya.

Pallister turut memuji aksi David De Gea yang banyak membantu menyelamatkan gawang United daripada terus bocor dalam perlawanan pertama pada minggu lalu.

Liverpool, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain