suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Berlatih Di Old Trafford Sebelum Bertemu United

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp bakal membawa skuadnya menjalani latihan di Old Trafford menjelang pertemuan dengan Manchester United bagi aksi kedua pusingan 16 pasukan Liga Europa yang akan berlangsung awal pagi Khamis.

Klopp membuat keputusan mengikuti peraturan sebenar Eropah bagi pasukan pelawat menjalani latihan di stadium tuan rumah, manakala United mendapat keizinan daripada UEFA untuk berlatih di pusat latihan mereka, Carrington dan tinggal di Manchester sebelum perlawanan bermula.

Peraturan kejohanan menyatakan bahawa setiap pasukan pelawat perlu berada 27 batu (44km) daripada lokasi utama pasukan tuan rumah.

Jarak antara kedua-dua bandar itu lebih kurang 34 batu (55km).

Bagaimanapun Klopp dijangka tidak akan mematuhi peraturan tersebut dan akan membuat sidang media di Old Trafford sebelum menjalani latihan.

Pada aksi pusingan pertama 10 Mac lalu, Liverpool berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas United di Anfield.

Artikel Lain