suria

Gabungan Hamilton Dan Vettel Tidak Akan Berlaku - Horner

Vettel meraih juara pada perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia tahun lalu, manakala Hamilton (belakang) berada di tempat kedua.

PRINSIPAL pasukan Red Bull, Christian Horner berkata, satu kejutan baginya jika melihat juara dunia Formula Satu (F1) Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel bergabung dalam satu pasukan.

Februari lalu, Horner mendedahkan bahawa Hamilton pernah 'terdesak ingin memandu' untuk pasukan Red Bull pada tahun 2013.

Namun Horner mengesyorkan Hamilton agar menyertai Mercedes bukan untuk melemahkan McLaren, tetapi kerana ' tidak ada jalan yang boleh kami bertolak ansur kepadanya selagi Sebastian bersama kami".

Hamilton dan Vettel telah bersaing selama tujuh daripada lapan musim perlumbaan F1 sebelum ini.

Selepas mengambil alih trofi kejuaraan daripada McLaren pada tahun 2008, pelumba Britain itu terus mempamerkan aksi konsisten dengan dua kejuaraan dunia bersama Mercedes.

Manakala Vettel merangkul empat kali berturut-turut gelaran juara dunia pada 2010-13 di bawah penguasaan Horner bersama Red Bull.

"Sesuatu yang menakjubkan jika dapat melihat kedua-dua mereka berada dalam satu pasukan.

"Namun ia akan lebih sukar untuk pasukan menguruskan situasi itu. 

"Ia boleh memecahbelahkan pasukan kerana kamu akan sentiasa dapat lihat siapa yang gembira dan siapa yang 'p------ off'," ujar Horner.

Sekiranya Hamilton-Vettel bergabung, ia seperti situasi Ayrton Senna-Alain Prost yang bersaing sesama sendiri ketika bersama McLaren lewat 80-an.

Lewis Hamilton, Sebastian Vettel, F1

Artikel Lain