suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenyataan Balas Teong Kim Terhadap Isu ' Jurulatih Bodoh Sombong'

PENGARAH Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim yang juga bekas jurulatih remaja Bayern Munich memberi kenyataan balas terhadap isu 'jurulatih tempatan bodoh sombong' yang pernah dikatakan beliau tahun lalu.

Individu yang bertanggungjawab melahirkan pemain seperti Thomas Muller untuk Jerman itu melihat tidak perlu permohonan maaf dibuat untuk isu tersebut kerana setiap individu perlu mempunyai keyakinan dan keterbukaan untuk menerima kritikkan.

Malah beliau juga meminta jurulatih tempatan supaya lebih berani dan jujur dalam menjalankan tugas kerana bola sepak bukan lagi permainan tetapi satu pekerjaan yang memerlukan keikhlasan dan kesungguhan.

Bekas pemain Kedah dan Kuala Lumpur itu turut menuntut jurulatih tempatan bercakap benar jika mahu bola sepak negara ini terus maju seiring dengan negara lain.




Lim Teong Kim, Bayern Munich

Artikel Lain