suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Kelab Gergasi EPL Bertemu, Rancang Sertai Liga Baru

LIMA kelab gergasi Liga Perdana Inggeris mengadakan pertemuan bagi menarik diri daripada beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Pertemuan mengejutkan itu melibatkan Manchester United, Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Manchester City.

Menurut The Sun, Arsenal diwakili oleh Ivan Gazidis manakala Man United oleh Ketua Eksekutifnya, Ed Woodward dan Chelsea menerusi Pengerusinya Bruce Buck. Manchester City menghantar CEO kelab itu, Ferran Soriano dan Ian Ayre hadir bagi pihak Liverpool.

Kesemua lima wakil kelab berkenaan hadir dalam pertemuan di London yang diketuai oleh jutawan Amerika Syarikat, Stephen Ross (gambar).

Ross dilapor menjemput lima kelab berkenaan bersaing bersama kelab Eropah lain dalam satu liga baru yang akan diperkenalkan.

Kelab yang beraksi dalam liga yang akan dikendalikan oleh Ross itu mampu memenangi jumlah wang yang lebih banyak berbanding Liga Juara-Juara Eropah.

Difahamkan, terdapat banyak kelab yang sedia meninggalkan Liga Juara-Juara Eropah demi liga baru itu termasuk dari England.

Persetujuan mengenai kelab yang akan beraksi dalam liga baru itu juga akan dimeterai dalam tempoh terdekat.

EPL, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain