suria

Rashford Akan Terima Tekanan - Van Gaal

LOUIS Van Gaal memberi amaran kepada Marcus Rashford bahawa tekanan terhadap dirinya akan meningkat selepas muncul sebagai hero Manchester United.

Nama Rashford menjadi sebutan oleh peminat United dari seluruh dunia selepas dia menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan.

Berikutan itu, pemain berusia 18 tahun berkenaan akan dibariskan sebagai kesebelasan utama United ketika menentang Watford pada Rabu ini.

Van Gaal berkata, tekanan daripada penyokong yang mahukan kemenangan kini berada di atas bahu pemain muda kelab tersebut.

"Sekarang tekanan terhadap Rashford akan meningkat kerana semua pandangan akan tertumpu terhadapnya sahaja.

"Selepas menjaringkan empat gol, penyokong mahukan gol kelima. Tapi dia seorang yang mampu melakukan kerana bijak menyempurnakan peluang yang dihasilkan rakan sepasukan," katanya.

Manchester United

Artikel Lain