suria

Gol Kenedy Suntik Semangat Chelsea

Kenedy menjaringkan gol pembukaan Chelsea.

GOL pembukaan pemain sayap Kenedy selepas 39 saat perlawanan berlangsung menyuntik semangat Chelsea untuk menundukkan Norwich City 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Rabu.

Gol tersebut antara yang terpantas dijaringkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kenedy menyudahkan hantaran Eden Hazard menggunakan kaki kirinya yang gagal ditepis penjaga gol, John Ruddy.

Diego Costa meletakkan Chelsea di kedudukan selesa apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-45.

Di babak kedua perlawanan, Norwich bangkit memperbaiki rentak permainan apabila Nathan Redmond menjaringkan gol pertama untuk pasukan itu.

Cameron Jerome mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi percubaannya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois.

The Canaries kini menduduki kelompok ketiga pasukan tercorot liga selepas hanya mengutip 24 mata daripada 28 perlawanan.

Chelsea pula di tangga kelapan dengan 39 mata.



Chelsea, Kenedy, Norwich City

Artikel Sebelum

Jadual Piala FA

Artikel Lain