suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cazorla Mungkin Berehat Panjang

Cazorla mungkin terpaksa direhatkan sehingga hujung musim ini.

SANTI Cazorla berdepan risiko direhatkan sehingga hujung musim ini selepas Arsene Wenger mendedahkan pemain tengah itu bergelut dengan kecederaan Achilles.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu tidak diturunkan sejak November akibat kecederaan lutut.

Kini timbul pula masalah di bahagian tendon yang mungkin memaksanya berehat lebih panjang.

The Gunners bergelut untuk merampas kedudukan teratas liga tanpa kelibat Cazorla.

Arsenal kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Leicester City selepas tewas 2-3 kepada Manchester United.

Pemain berusia 31 tahun itu dijangka kembali semula pada Mac tetapi Wenger mendedahkan Cazorla masih belum sedia untuk beraksi.

"Santi masih belum pulih. Dia mempunyai masalah Achilles yang memaksanya direhatkan semula," kata Wenger.

Ketika ditanya sama ada Cazorla boleh diturunkan pada April, Wenger berkata:" Kami perlu melihat bagaimana tahap kecederaannya pada ketika itu."

Santi Cazorla, Arsenal

Artikel Berikut

Jadual Piala FA

Artikel Lain