suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona Pecat Guardiola Selepas Beberapa Jam Ikat Kontrak

BARCELONA memecat Sergi Guardiola selepas beberapa jam mengikat kontrak dengan pemain itu berikutan beberapa status yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.


Guardiola diperkenalkan sebagai pemain baharu bagi skuad Barcelona B pada Isnin, namun kontraknya dibatalkan lewat petang hari yang sama.

Bagaimana pun pemain itu menafikan membuat komen tersebut di media sosial, dan memberitahu telah dilakukan oleh seorang kawan yang menggunakan telefon bimbitnya.

Guardiola ,24, yang tiada kaitan dengan pengurus kelab terkenal Pep Guardiola walaupun mempunyai nama yang sama mengakui terpaksa terima keputusan kelab.

“Saya meminta maaf kepada Catalan dan Barcelona. Saya amat memahami keputusan yang dibuat itu, malah akan membuat keputusan yang sama jika berada di tempat mereka.

“Saya ingin menjelaskan bahawa bukan saya yang menulis twit itu. Ia dibuat oleh seorang kawan yang menggunakan telefon saya.

“Twit-twit itu dibuat pada tahun 2013 oleh kawan saya yang bergurau mengenainya, saya sendiri tidak sedar mengenainya.

“Barcelona telah melayan saya dengan baik. Saya terima keputusan mereka. Sekarang, saya akan pulang , dan lihat apa yang akan berlaku,” jelasnya kepada stesen radio Sepanyol, Cope.

Barcelona hanya menyedari twit yang dianggap memalukan nama kelab dalam akaun Twitter milik Guardiola selepas mendapatkan pemain itu, termasuk salah satu twit “Hala Madrid”.

Barca menganggap pemain itu sebagai penyokong Real Madrid. 

Sergi Guardiola, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain