suria

Juergen Klopp Optimis Liverpool Empat Teratas EPL

Juergen Klopp.

LIVERPOOL masih berada di kedudukan kesembilan setakat ini dalam Liga Perdana Inggeris, namun pengurus Juergen Klopp optimis pasukannya akan berada di empat teratas pada akhir musim ini.

Kelab The Reds itu mengumpul 24 mata setakat ini, berbanding empat kedudukan teratas dalam liga iaitu Leicester City, Arsenal, Manchester City dan Tottenham masing-masing dengan 38, 36, 32 dan 29 mara.

Prestasi Liverpool sedikit meningkat sejak diuruskan Klop dengan menewaskan Chelsea dan Manchester City sebelum ini.

Bagaimanapun, The Reds mengalami dua kekalahan dan satu skor berimbang dalam tiga perlawanan akhirnya.

Klopp mengakui masih optimis bahawa prestasi Liverpool kembali pulih dalam waktu terdekat.

Malahan, pengurus kelahiran Jerman itu yakin The Reds akan memasuki Liga Juara-Juara.

"Tentu sahaja semuanya ada kemungkinan. Kita harus terus berusaha untuk meraih setiap kemenangan kecil yang sangat sukar," kata Klopp.

"Sekarang kita perlu menghasilkan lagi sesuatu yang positif supaya pasukan tetap berada dalam saingan dan juga membuatkan semua orang tetap percaya kepada kemampuan kita," ujar Klopp.

Juergen Klopp, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain