suria

Arsenal Tawar Arteta Jadi Jurulatih Selepas Bersara

KAPTEN Arsenal, Mikel Arteta ditawarkan menjadi salah seorang jurulatih kelab selepas dia bersara sebagai pemain.

Pemain Sepanyol itu melalui musim sukar berkaitan dengan isu kecergasan sejak 12 bulan lalu selepas mengalami kecederaan berulang di bahagian betis.

Disebabkan keadaannya itu, Arteta akan dilepaskan daripada kelab apabila kontraknya tamat musim ini.

Dalam masa sama, bekas pemain tengah Everton ini mengambil langkah positif dengan mendapatkan sijil kejurulatihan, malah turut mula bekerja dengan akademi Arsenal.

Sementara itu pengurus The Gunners, Arsene Wenger berkata, kelab berminat untuk memberi tugas kepada Arteta sebagai kakitangan jurulatih.

"Dia perlu melalui sistem kejurulatihan peringkat remaja terlebih dahulu, namun saya tidak memaksanya," jelasnya.

Arteta dijangka akan kembali  beraksi bulan depan dan Wenger berhadap pemain itu akan lebih cergas.

"Saya akan lebih berhati-hati memasukkan dia ke padang dan melihat prestasinya terlebih dahulu sebelum membenarkan dia bermain sepenuhnya," tambah Wenger.

Mikel Arteta, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain