suria

Adam Szabo Dilantik Ketua Jurulatih Baharu TSG

KUALA TERENGGANU: Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) mengesahkan bekas jurulatih pasukan junior kebangsaan Slovakia, Adam Szabo dilantik sebagai ketua jurulatih baharu bagi memantapkan pasukan itu pada musim hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata kedua-dua pihak telah menandatangani kontrak perjanjian selama setahun dan akan diperbaharui bergantung kepada keadaan semasa.

"Semalam (Jumaat) kami mengikat kontrak bersama Adam. Perjanjian tersebut dicapai selepas pengurusan tertinggi TSG berpuas hati dengan corak dan prestasi latihan jurulatih berumur 25 tahun itu," katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Sebelum ini, pasukan TSG  dilatih Sabastian Duclos daripada Itali tetap ijurulatih tersebut telah meletakkan jawatan.

Ahmad Farhan berkata Adam dijangka memulakan tugasnya awal tahun depan dalam kem latihan selama dua minggu di Chiang Mai, Thailand bagi persiapan TSG menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) pada 24 Februari , selain bagi mengenali lebih dekat pelumba-pelumba TSG.

Katanya badan induk Lumba Basikal Antarabangsa UCI (Union Cycling International) telah memperkenal dan mengesyorkan Adam kepada TSG.-Bernama

Adam Szabo, TSG, Jurulatih Baharu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain