suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Tiada Pemimpin Atas Padang - Mark Hughes

PENGENDALI Stoke City, Mark Hughes mempersoal, adakah Manchester United mempunyai pemimpin di atas padang untuk membuat mereka tewas dalam perlawanan malam Sabtu.

Anak didik Hughes akan bertandang ke Old Trafford bagi bertemu kesebelasan United yang terdesak untuk menang selepas gagal dalam enam perlawanan sebelumnya.

Louis Van Gaal dikatakan menjadi punca kemerosotan kelab tersebut yang kini hanya mampu menghuni kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris dengan ketinggalan sembilan mata di belakang Leicester sebagai pendahulu.

Bagaimanapun, Hughes yang pernah mewakili United di bawah bimbingan Alex Ferguson berpendapat tidak semua masalah boleh ditujukan kepada jurulatih sahaja.

Ketika Hughes bermain di Old Trafford, Ferguson mempunyai ramai pemimpin di atas padang seperti Roy Keane, Paul Ince, Peter Schmeichel, Steve Bruce dan Eric Cantona.

"Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang.

"Ramai meramalkan kami akan menang. Kami tidak berharap akan menang tetapi akan berusaha," katanya.

Manchester United

Artikel Lain