suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guus Hiddink Dilantik Semula Pengurus Interim Chelsea

Guus Hiddink. Foto AFP

CHELSEA mengesahkan Guus Hiddink akan mengambil-alih menjadi pengurus pasukan itu sehingga akhir musim.

Beliau kembali ke Stamford Bridge buat kali kedua selepas menguruskan kelab itu secara interim enam tahun lalu pada 2009.

Portal Mirror melaporkan bahawa beliau akan menggantikan Jose Mourinho yang dipecat pada Khamis lalu selepas kelab itu berada di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris.

Hinddink menandatangani kontrak jangka pendek bersama kelab berkenaan ketika jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone dan jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola disebut-sebut menjadi pilihan sebagai pengganti Mourinho.

Hiddink merupakan pilihan utama Chelsea selepas mengambil kira pencapaian terbaiknya membantu The Blues menjuarai Piala FA pada 2009 ketika mengambil alih tugas sementara Luiz Felipe Scolari yang dipecat.


Guus Hiddink, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain